Kawasan Larangan Merokok
Posted by hgrunt
"... PEKELILING KESIHATAN AWAM BIL. 1 TAHUN 1997
PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL
TEMBAKAU 1993 DAN PINDAAN-PINDAANYA
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan dengan ini dimaklumkan bahawa
Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia telan mengeluarkan Pekeliling
Kesihatan Awam Bil. 1 Tahun 1997 berkuatkuasa mulai 1 Jun 1997.
Melalui penguatkuasaan ini semua Institusi Pendidikan Tinggi telah disenaraikan sebagai
kawasan larangan merokok. ..."
www.uum.edu.my/pend/webpeke/ppend/pend1-97.pdf
Saya amat marah, menyampah dan berasa amat kesal dengan sikap segelintir warga MICET yg secara terang terangan merokok di dalam kawasan kampus, terutamanya di kafe desasiswa al-radzi. mereka ini langsung tidak menghormati hak-hak org lain untuk menghirup udara segar sebaliknya menghembus asap tobacco beracun mereka, apatah lagi menghormati UniKL MICET sebagai sebuah institusi pengajian tinggi/gedung ilmu. mereka yg membawa tabiat buruk mereka di kampung ini harus diberikan pengajaran dan semua pihak haruslah mengambil langkah aktif untuk menghalang gejala ini berleluasa. Saya merayu kepada si pesalah-pesalah laku ini utk memikirkan kesan perbuatan mereka terhadap org lain dan saya amat berminat utk mengetahui adakah gejala ini berlarutan sehingga penghujung semester Jan 09 atau tidak. Sama-sama kita lihat...